Pages

Thursday, January 12, 2012

Selamat Ulang Tahun abang.....

Alhamdulillah, 30 Disember 2011 cukup 11 tahun satu-satunya anak bujang I.  Unfortunately on the date itself, x boleh buat "makan-makan" dengan family coz abang still dalam mode "berpantang"...huhuhu sian abang.  X per la bang, sekali seumur hidup, lepas nih okeh nyer.
So last Friday, Januari 6, 2012 gi la belikan kek yang terhutang tu...dah siap ada pesanan..."saya nak kek oreo cheese". Uissshhh.....nak yang mahal2 jer...x per la dah ngidam punya pasal belikan la jugak. HAPPY BIRTHDAY ABANG!!!



Abang, ibu sayang sangat dekat abang.  Ibu doakan abang menjadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup dunia akhirat, di berikan kesihatan yang baik dan dikurniakan jodoh dengan wanita solehah.  Semoga abang melalui perjalanan hidup yang sentiasa di rahmati dan diberkati oleh Allah, di murahkan rezeki dan selalu berada di bawah lindunganNya.
Bila dan kalau abang dah berjaya, jangan sekali-kali abang lupa untuk melihat ke bawah..harta bukan milik mutlak kita, tapi IMAN sampai mati hak kita.  Sentiasa bersangka baik, bersihkan hati dan jangan membuat keputusan bila dalam keadaan amarah.  Jadilah IMAM yang baik pada keluarga.  Insyaallah selamat dunia akhirat.  

Abang, I luv u.

No comments: