Pages

Saturday, July 16, 2011

Hari ini konon-konon ajer....

Aduhai..kenapa lah dengan setting blog nie...? ke saya yang tak pandai? Agaknya yang nombor dua tu lah kot.  Pagi ini saya, hubby dan anak-anak telah ke stadium Multimedia University, Cyberjaya untuk latihan sukan.  Acara sukan yang sebenarnya akan diadakan esok pagi jadi bagi memastikan semua berjalan lancar, latihan di adakan hari ini.  Alhamdulillah, pagi ini cuaca ok aje.  Tidak terlalu terik, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.  Biarpun mesti berada di sana seawal 7:45 pagi, kami harus lah pergi breakfast dulu, kalau tidak nanti ada pulak yang terpengsan tengah padang.  Sebenarnya rumah kami terletak dekat dengan MMU. Kawasan rumah kami berjiran dengan Cyberjaya jadi mengikut jalan singkat hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke sana. 
Latihan dimulakan dengan anak-anak kecil dan comel-comel bersama abang-abang dan kakak-kakak lebih senior berarak masuk ke padang.  Danial menjadi salah seorang yang membawa bendera jadi abang kena berdiri di hadapan bersama-sama dengan  pemegang-pemegang bendera yang lain.  Kakak dan abang rumah merah, tapi aiesha rumah hijau.  Tak pe, ibu sokong rumah hijau ok adik...you go green!!!
Biasalah biarpun acara tidak sebanyak tahun lepas, tetapi mengambil masa agak lama untuk susun aturnya. Maklumlah anak-anak kecil, kita yang kena ikut rentak mereka.  Yang kelakarnya, dah elok-elok teachers susun dan bersiap sedia untuk berlari, tiba-tiba ada yang menangis, ada yang tidak bergerak, ada yang berjalan ala-ala buat fashion show...adoi la hai...sabar jer la...
Tapi tak pe lah ini hanya latihan sahaja bak kata teacher Naza.

Sekalung tahniah buat semua teachers di PPICDC (Montessori) Taman Putra Perdana, Puchong.  Anda semua memang guru-guru yang berdedikasi dalam mendidik anak-anak ini...kita jumpa lagi esok..untuk acara sebenar - acara penentu....YOU GO GREEN and red...hehehehe!!!!