Pages

Thursday, October 20, 2011

Mari Menjual....

Kakak: 
Apa yang kakak nak jual nie bu??(Itu lah soalan from my doter, Nabila sempena Hari Keusahawanannya, minggu nie)
Saya:    
Jual? (Saya tanya)..Nie jual main2 ke betul2...(tanya saya lagi...hahahaha..boleh??)
Kakak: 
Issshhh ibu nie...betul2 la, apa yang main-mainnya pulak pening la kepala kakak nie fikir...
Saya:    
Alahai kesiannya...oklah nanti ibu tolong fikirkan apa yang kakak boleh jual. Benda tu mesti senang dapat dan murah la coz target buyers kita nanti kawan-kawan sekolah kakak.
************************************************************************************************************************************
So, saya pun fikir la..fikir punya fikir..at last saya katakan pada kakak let's jual cekak rambut or sepit rambut..camner?

Memula tu nampak gak kakak macam x berapa nak setuju, tapi lepas penerangan yang panjang lebar...akhirnya dia 'beli" idea saya.  Kena betul2 coz syarat utamanya ialah barang tu kena ada sentuhan tangan sendiri, x boleh main beli jer kat tempat lain, pas tu jual balik kat orang...mmmm boleh tahan gak syaratnya.
So, saya pun boleh la sikit "homework" kat internet. Alhamdulillah ramai yang boleh supply raw material rupanya...  Jadi lepas calling-calling, saya pun setuju membeli-belah dari nasmi collection e-shoppe
Bila dah dapat main items, tinggal nak beli barang-barang for designs macam bunga, manik, ribbon etc. Mula-mula nak buat tu, alahai cuak gak, iyealah the last time i "main-main" nie, masa tolong buatkan hantaran my youngest brother masa wedding dia, itupun dah berlalu almost 2 years ago...huhuhu...bolehhh ker nie?  Tak per lah demi kasih dan sayang ibu pada kakak, ibu tolong gak lah buat....dan hasilnya.....(gambar2 nie design kakak, saya punya terlupa la nak tangkap gambar..lein kali jer la yea)


Actually nie sebahagian daripada apa yang kami dah manage to buat....yang kotak2 tu memang dah datang macam tu but tang designs of flowers, beads and all tu - our design lah...but so far alhamdulillah kakak manage to sell, infact dah almost sold out.  They may look nothing much, but to a 12 years old girl yang x pernah indulge herself in this type of activity, kira something commendable.  Saya sangat bangga sebab kakak menunjukkan usaha yang jitu and insyaallah, kalau ada permintaan lagi, kakak akan terus menjual eventhough dah habis minggu usahawan...katanya...'ibu, kakak sangat berminat la nak buat sume nie, kalau kakak nak teruskan berniaga barang-barang nie boleh x?"...saya senyum dan cakap, of course....ibu sokong kakak.  Kakak boleh advertisekan dalam FB kakak...kan?

Bila duduk2 citer2 dengan kakak, tanya apa nak jadi bila dah besar, apa dia suka apa dia nak saya boleh lah conclude kan (nie pandangan dan pertimbangan saya, orang lain x taulah), as a mother kita kalau boleh nak bagi bulan dan bintang pada anak-anak, mengharapkan dan berdoa anak-anak itu akan memberikan yang terbaik dalam serba serbi, sampaikan universiti mana dia nak masuk pun saya dah plan...tapikan pernah x terfikir, mungkin itu bukan kehendak anak, itu bukan kemampuan anak...I mean dari segi akademik....so kalau sume tu happen, does that mean that dia anak yang x baik, dia anak yang x pernah mencuba or dia anak yang tidak akan memberikan kebahgiaan pada saya dan Mr Hb?  Tidak, ini tidak akan terjadi pada saya dan anak-anak saya.  Saya belajar dan akan terus belajar menerima anak-anak saya sebagai seorang insan yang berbeza dan penuh dengan keistimewaan masing-masing.  Mungkin ada yang kurang memberangsangkan dari segi akademik tapi dia punya kelebihan dari hal-hal yang lain.  Saya akan terus mencuba untuk menerima anak-anak saya seadanya, tanpa ada susut sikit pun kasih sayang saya pada mereka.  Saya akan sentiasa mendokan kebahgiaan anak-anak saya, dan juga memaafkan setiap kekurangan atau kekhilafan anak-anak saya.  Mereka harta saya dunia dan akhirat.

So ada sesiapa yang nak buat tempahan??? *wink**wink*

No comments: