Friday, January 23, 2009
Bertunang...
At last adik jumpa jodohnya...insyaallah. Aku tau adik menunggu masa yang lama nak jumpa A.... aku tau adik sepi hatinya biarpun dia x pernah tunjuk pada aku dan keluarga. Setiap manusia Allah jadikan berpasangan..ada yang berjumpa cepat dan ada yang lambat. Rezeki adik datang setelah dia terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Alhamdulillah A baik orangnya dan aku yakin mampu menjaga adik dengan baik. Aku dapat rasakan A punya kekuatan dalaman yang sangat tinggi. Adik perlukan orang seperti A untuk menjalani hidupnya. Kesian adik x terima banyak sokongan ketika akan melalui hari bahagia. X pe adik ada aku dan kak i... Aku akan buat adik bahagia dan ketawa di hari itu bulan Disember nanti. Adik jangan sedih tapi hitunglah hari itu dengan doa dan hati yang tersenyum. Bukankah adik sudah menunggu hari itu sangat lama?
Subscribe to:
Posts (Atom)